34, seorang ibu kepada tiga orang anak lelaki yang genius dan merupakan seorang isteri kepada Uwais Qorny yang bijak dan tampan, merupakan jurulatih Al-Quran dalam tempoh 5 tahun ini, dan ini adalah pengalaman pertama menyiapkan workbook Kuasai 13 Huruf Arab Dari Segi Makhraj Dan Sifat.
Beliau pemegang Skrol Diploma Syariah (KIAS) Kelantan, beliau menimba pengalaman sebagai Guru KAFA dibawah kerajaan Selangor pada tahun 2013 di Gombak. Beliau juga berguru dengan Uwais Qorny selama beberapa tahun untuk memantapkan bacaan Quran beliau dan kini memiliki lebih 50 Guru Quran dibawah pimpinan beliau.
Melihat kehadapan dengan serius berkenaan keunggulan Umat Islam terutamanya di Malaysia, beliau telah bersepakat dengan Protaz International Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebuah pusat pengajian UWAISQORNY ACADEMY sebagai platform kepada para pengkaji untuk menghasilkan teknik dan taktik yang efektif dalam pembelajaran yang berkaitan dengan Al-Quran. Melalui syarikat konsultan seperti Protaz Academy & Consultancy dan NGO-NGO, kami menyampaikan modul-modul yang telah diformulasikan kepada semua lapisan masyarakat.
