Khas untuk anda yang ingin menjadi jantung kepada DailyQuran

Kami dengan rendah diri ingin menjemput anda untuk menyumbang secara bulanan agar DailyQuran terus hidup untuk memberi manfaat kepada anda semua setiap hari.

DailyQuran telah bersiaran setiap hari selama hampir 3 tahun

Alhamdulillah atas bantuan dan sumbangan anda, DailyQuran telah bersiaran setiap hari hampir 3 tahun. Jumlah keseluruhan sudah melebihi 1000 episod.

Anda telah menjadi saksi kejayaan DailyQuran dalam membantu ribuan masyarakat Islam pandai membaca Al-Quran pada hari ini.

Namun... setiap episod yang disiarkan memakan belanja ribuan ringgit

Demi menyampaikan ilmu, kami sedaya upaya berusaha menaiktaraf penyiaran dan kualiti DailyQuran. Namun ianya menelan belanja dan kos yang semakin tinggi hingga menelan ribuan ringgit setiap hari.

Kami dengan rendah diri menjemput anda untuk melabur dan menjadi jantung kepada DailyQuran

Saya sedang mengusahakan agar DailyQuran akan sentiasa bersiaran walaupun selepas ketiadaan saya, agar selepas pemergian kita, anak dan cucu kita di generasi baru akan mahir membaca Quran dengan menonton DailyQuran ini setiap hari.

Dan kita akan dapat saham pahala daripada setiap orang yang menonton DailyQuran, atas sumbangan dan pelaburan akhirat kita hari ini.

Teruskan menjadi jantung DailyQuran

Kami mengajak anda untuk menyumbang secara bulanan dengan kadar minima RM2, mengikut kemampuan dan pengorbanan yang anda sanggup lakukan demi memartabatkan Al-Quran

Anda memerlukan kad debit/kredit untuk menjadi sebahagian dari "Heart of DailyQuran". Sumbangan akan dipotong secara bulanan daripada kad debit/kredit anda.