DailyQuran adalah program bimbingan bacaan Quran secara online. Ianya percuma dan telah dijalankan setiap hari selama hampir 3 tahun. Misi kami adalah untuk membantu mereka yang ingin memperbaiki bacaan Quran mereka dengan cara yang pantas, berkesan dan efektif.
DailyQuran amat menitik beratkan bacaan Quran bertajwid dan sebutan makhraj yang betul. Ini kerana hampir 70% Masyarakat islam di Malaysia gagal membaca Quran dengan bertajwid serta sebutan makhraj yang betul.
Misi kami ingin mendidik dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin memperbaiki bacaan mereka. Atas dasar inilah kami menganjurkan program DailyQuran ini secara PERCUMA.
Pelajari hukum tajwid serta perbetulkan bacaan Al-Quran anda.
Pelajar sifat huruf serta cara sebutan yang betul. Salah makhraj boleh membawa maksud yang berlainan ketika membaca Al-Quran.
Fahami makna ayat dan pengajaran Surah di dalam Al-Quran
Ramai yang berpuas hati dan sangat sukakan program DailyQuran kami.
“Teknik perkongsian yang kemas, tersusun dan sangat fokus kepada topik perbincangan hukum tajwid dan makhraj, serta tidak pula mengabaikan penonton yang baru belajar ilmu-ilmu ini.”
“Highly recommended. Learn Quran from Zero to Hero. Uwais Qorny is so energetic, fun and above all his is so knowledgeable in his field in teaching the book of Allah.”
“Superb and excellent. Ustaz Uwais Qorny is a great Quran teacher with awesome teaching method. He is so energetic, knowledgeable, full of love and care for his students.”
Dari segi Kos, DailyQuran ni bukanlah percuma, ia memakan kos yang sangat tinggi dan kami bermula daripada Season 1 dengan mengeluarkan duit poket kami sendiri.
Hasil dari Sumbangan anda semua lah hari ini, DailyQuran sudah bersiaran lebih 1400 Episod dan masih berterusan secara PERCUMA agar dapat membantu lebih ramai masyarakat terutama dari golongan Asnaf dan golongan yang tak berkemampuan.
Kami ingin melangkah lebih jauh dalam perjuangan ini agar kami dapat bantu lebih ramai orang dan menyampaikan lebih banyak ilmu Quran secara PERCUMA kepada Masyarakat, dan untuk menjayakan Visi kami, kami memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk menampung kos penyelenggaran dan kos penyiaran Program-program percuma di bawah Protaz International Sdn. Bhd. ini yang menelan belanja Hampir RM100,000 sebulan.
Selain itu, kami juga sentiasa menaik taraf segala peralatan dan kelengkapan ke arah teknologi terkini supaya masyarakat dapat mengikut Program-program percuma seperti DailyQuran setiap hari dengan kualiti Audio dan Video yang terbaik.
Kami Bermula dengan Studio yang sangat kecil yang boleh memuatkan 3 orang sahaja dalam 1 masa.
Tetapi Studio yang serba kekurangan ini tidak menghalang dakwah dan perjuangan kami selama ini, namun bagi menaik taraf mutu dan kualiti Dakwah dan Penyebaran Quran dengan lebih pesat dan luas, kami memaksa diri kami untuk UPGRADE ke arah yang lebih BAIK !
Atas Niat yang Ikhlas dan Azam yang tinggi, kami berjaya membangunkan Studio-c yang sedangkan digunakan sekarang. Kos produksi ini menelan belanja hampir RM1,000,000 ringgit.
Kami berhasrat untuk mempertingkatkan lagi studio dan kualiti produksi DailyQuran dan program-program percuma yang sedang berjalan mahupun akan datang.
Setiap sumbangan anda kami manfaatkannya sebaik mungkin. Daripada ummah kepada ummah.
Menambah baik peralatan produksi video agar kualiti video lebih baik dan jelas. Sumbangan anda juga mampu menampung kos suntingan video untuk program-program akan datang.
Bermula daripada studio kecil, kini studio kami telah beralih kepada yang lebih besar. Dan setup studio juga lebih luas dan selesa untuk sesi pembelajaran.
Sumbangan anda juga membolehkan kami memperbanyakkan program-program percuma untuk anda semua.
Dengan menyumbang minimum RM100, anda layak mendapat video DailyQuran Season 3 (60 episod) yang bernilai RM37,000 secara percuma!
Video DailyQuran season 3 adalah ekslusif dan tiada di mana-mana platform kami. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan anda, kami hadiahkan Video DailyQuran Season 3 ini sekiranya anda menyumbang minimum RM100.
Kami amat menghargai segala sumbangan anda. Moga dengan sumbangan ini menambah nilai kepada kualiti DailyQuran sekaligus teurs memberi manfaat kepada anda semua.