PERHATIAN: Khas untuk anda yang nak laksanakan ibadah qurban tapi risau dengan covid-19.
Pendaftaran Qurban telah ditutup.

QURBAN WITH UWAIS QORNY

Nak Sertai Ibadah Qurban di Tanah Suci Mekkah?

Sempurnakan ibadah aqiqah dan qurban anda dengan menyertai program Qurban with Uwais Qorny. Daging Qurban anda akan diagihkan kepada fakir miskin disana.

Dilema Melaksanakan Ibadah Qurban

Ibadah Qurban merupakan sunat muakkad yang dituntut dan digalakkan bagi mereka yang berkemampuan. Namun begitu, ada yang ingin melaksanakan ibadah qurban namun menghadapi masalah berikut:

Adakah anda tergolong dalam senarai diatas?

Memperkenalkan

Qurban With Uwais Qorny

Qurban With Uwais Qorny merupakan program ibadah aqiqah dan qurban di tanah suci Mekkah. Program ini bertujuan untuk membantu dan mempermudahkan urusan anda untuk melaksanakan ibadah qurban. Daging qurban anda akan diagihkan kepada fakir miskin dengan baik. 

MANFAAT

Mengapa Anda Perlu Sertai Kami?

Pakej Yang Murah Dan Berpatutan

Pakej Qurban kami hanyalah RM497 untuk seekor kambing. Dan RM457 Seekor bagi yang mengambil pakej 2 ekor ke atas (untuk 1 penama).

Proses Pendaftaran Yang Mudah

Kini pendaftaran ibadah qurban lebih mudah. Anda boleh mendaftar secara online. Segala urusan qurban akan diuruskan oleh pihak kami.

Telus, Amanah dan Boleh Dipercayai

Kami berpegang kepada kepercayaan dan amanah yang telah anda beri kepada kami. Segala urusan adalah telus dan tanpa was-was.

Pusat Sembelihan Kambing Yang Diiktiraf

Pusat sembelihan kambing kami mempunyai sijil dan pengiktirafan yang sah daripada kerajaan Saudi. Dan kami mempunyai wakil yang memantau proses penyembelihan dilakukan dengan baik tanpa menzalimi binatang.

Tidak Terjejas Dengan SOP PKP

Ibadah Qurban dilaksanakan terus oleh orang tempatan di Saudi dan mereka mempunyai SOP tersendiri. Jadi anda tidak perlu risau dengan perlaksanaan PKP di negara kita.

Sijil Kayu dan Kurma Ajwa Premium

Setiap peserta akan mendapat sijil dan kurma ajwa istimewa bernilai RM100 daripada pihak Uwais Qorny sebagai tanda penghargaan dan kepercayaan anda kepada kami.

Cenderahati Istimewa Untuk anda

Sijil Kayu

Setiap peserta akan mendapat sijil kayu sebagai tanda penghargaan

Kurma Ajwa Premium

Kurma Ajwa Premium Gred AAA Jumbo Bernilai RM39

Flow

Gerak Kerja Ibadah Qurban bersama Uwais Qorny

PENGESAHAN PENDAFTARAN

Status pengesahan pendaftaran akan di hantar melalui Whatsapp/Telegram

SIJIL KAYU

Sijil dan Kurma akan dihantar secara berperingkat dan dimaklumkan melalui Emel/Whatsapp.

*Peserta mempunyai pilihan untuk upgrade Sijil kepada Sijil Premium yang lebih kualiti dan tebal dengan tambahan RM60.

STATUS QURBAN

Maklumat tarikh dan status penyembelihan Qurban akan dihantar melalui WhatsApp/Telegram

HUBUNGI KAMI

Sebarang permasalahan pendaftaran, sijil atau perubahan info, anda boleh terus menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di Whatsapp

Daftar Qurban bersama Kami Sekarang!

Kami hanya menawarkan pakej Qurban kambing sahaja buat masa ini

RM497

Seekor Kambing

RM457 Seekor*

Untuk Dua Ekor Kambing Ke Atas

RM457 Seekor*

Untuk Dua Ekor Kambing Ke Atas

Harga promo 2 ekor dan keatas adalah untuk 1 penama sahaja bukan secara berkumpulan.

PERINGATAN 1: SETIAP 1 PENDAFTARAN HANYA UNTUK 1 NAMA SAHAJA.

Sekiranya anda ingin membuat ibadah Qurban lebih dari seorang, sila membuat pendaftaran/tempahan yang baru untuk setiap seorang penama.

PERINGATAN 2: PASTIKAN ANDA ISI MAKLUMAT BORANG DENGAN NAMA PENUH DAN ALAMAT YANG TEPAT.

Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kesalahan sijil sekiranya anda tidak mengisi atau salah mengisi nama atau lain-lain maklumat.

Daftar Sekarang!

Lafaz Niat & Akad Qurban

“Saya dengan ini mewakilkan kepada Uwais Qorny di bawah kelolaan Syarikat Protaz International Sdn Bhd dan/atau wakilnya untuk menyempurnakan ibadah Qurban (menyembelih, melapah, serta mengagihkan) bagi peserta seperti nama di bawah pada tahun 1442 Hijrah kerana Allah Taala”

PENDAFTARAN DITUTUP

Jaminan

100% Tanpa Risiko

Pihak kami sangat menitik beratkan amanah dan ketelusan dalam perkhidmatan kami. Oleh sebab itu anda tidak perlu risau dan ragu-ragu untuk menyertai ibadah qurban bersama kami.

FAQ

Alhamdulillah team kami di Mekah adalah warga Saudi sendiri. Segala urusan tidak akan terkesan. Hanya jadual ibadah qurban sahaja yang perlu kami pantau.

Kami ambil maklum bahawa qurban di kawasan sendiri lebih afdal.

Namun ini adalah inisiatif dan juga alternatif yang kami tawarkan untuk mereka yang nak buat qurban tetapi mempunyai pelbagai kekangan.

Kami memegang kepada pandangan dimana ibadah Qurban TIDAK BOLEH diniatkan @ penama bagi orang yang telah meninggal dunia MELAINKAN diwasiatkan. Namun, anda boleh buat ibadah Qurban atas nama sendiri, ataupun penama yang masih hidup. Dan anda boleh sedekahkan pahala ibadah Qurban anda kepada mereka yang telah meinggal dunia.

Telah menjadi amalan umat Islam mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu.

Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama.

Sembelihan Qurban Kambing menjadi pilihan utama di Mekkah. Saya memilih pusat penyembelihan tertentu yang menepati kepada kualiti dan kriteria penyembelihan saya sendiri. Dan pusat penyembelihan yang saya pilih ini hanya membuat penyembelihan kambing. 

Insyallah di masa akan datang, saya akan usahakan untuk mencari pusat penyembelihan lembu di Mekkah yang memenuhi standard dan kualiti yang saya tetapkan dari segi kebersihan, hak penjagaan binatang qurban dan mengikut sunnah semampu yang boleh.

Video penyembelihan hanya akan diberikan untuk ibadah aqiqah sahaja dan tiada video penyembelihan untuk ibadah qurban.

Ibadah Qurban hanya dilakukan selama 4 hari dan jumlah sembelihan mencecah ratusan ribu ekor sehari dari warga Saudi dan sebahagian jemaah haji. Keadaan di pusat penyembelihan sangat sesak dan akan mengganggu proses sembelihan jika ingin merakam setiap 1 ekor. Pihak penguatkuasa Saudi juga tidak membenarkan sebarang rakaman penyembelihan ketika musim Qurban. 

Namun begitu, kami akan tetap memberikan gambar-gambar dan video sekitar suasana pusat penyembelihan. Status sembelihan juga akan dimaklumkan melalui email, sms, dan whatsapp sejurus selepas sembelihan selesai.

Bila berqurban di Mekkah, lidah Arab tidak petah menyebut sesetengah nama orang melayu, terutama nama-nama moden yang tiada asal usul dari nama sahabat atau para nabi. Maka ada nama-nama yang tidak disebut dengan betul ketika sembelihan berlaku. Masyarakat kita salah faham bahawa sekiranya lafaz nama tidak disebut dengan betul maka ibadah Aqiqah/Qurbannya tidak sah. Itu adalah tanggapan yang SALAH. Allah lebih tahu orang yang berniat Quran/Aqiqah, maka niat awal ketika membuat keputusan untuk melakukan Qurban/Aqiqah itu yang utama.

Sebutan nama di dalam video (video hanya untuk aqiqah sahaja) adalah untuk bukti bahawa adanya penyembelihan berlaku ke atas nama peserta tersebut.

Ya. Harga pakej Qurban/ Aqiqah tersebut telah termasuk sekali dengan sijil kayu biasa.

Pilihan ADD-ON hanya untuk peserta yang berminat untuk UPGRADE sijil kayu biasa kepada sijil kayu premium dimana ia lebih berkualiti, lebih tebal dan tahan lasak.

Tetapi, sekiranya peserta tidak memilih untuk Upgrade sijil kayu premium, maka peserta masih dapat sijil kayu yang biasa

Qurban With Uwais Qorny

Jangan tunggu sehingga pendaftaran ditutup. Jika tidak, anda terpaksa tunggu lagi setahun untuk melaksanakan ibadah Qurban. 

© Protaz International Sdn Bhd (1317688-M) Copyright 2021. All Rights Reserved.